General Articles

TVET Malaysia : An Overview

Published by Farah on 24 Feb, 2019


 
TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan  pendedahan kepada latihan di industry.
 

AGENSI YANG TERLIBAT DENGAN TVET DI MALAYSIA
 
Dua institusi TVET awam telah ditubuhkan pada tahun 1964 untuk menyediakan latihan kemahiran kepada belia, iaitu Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Dusun Tua dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Kini lebih daripada 500 institusi TVET awam yang menawarkan pelbagai program TVET bagi semua peringkat pendidikan. Terdapat juga pelbagai institusi TVET swasta yang menawarkan program kemahiran untuk pelajar-pelajar. 
 
Pada masa ini, kelayakan pendidikan vokasional yang ditawarkan oleh universiti, politeknik dan kolej komuniti dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), manakala program latihan kemahiran yang ditawarkan oleh institusi latihan kemahiran diakreditasi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia.
 
Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :
 
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, Tahap 2 & Tahap 3
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
 

SYARAT MINIMA KELAYAKAN
 
Lulus Bahasa Malaysia (Lepasan PT3)
1 kredit (Lepasan SPM)
3-6 kredit dalam SPM (DKM)
 

BANTUAN KEWANGAN
 

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
 

 

HUBUNGI KAMI

Untuk untuk maklumat lanjut mengenai program-program TVET serta untuk pendaftaran.

 

Subscribe to Our Newsletter Be notified first !